diari hidupku
Salam sejahtera semua.
Saya telah berkecimpung dalam dunia blog semenjak 2007 melalui platform blogger, kemudian mengorak langkah ke self-hosted blog pada 2008 tetapi masih menggunakan platform blogger. 2009 membuka lembaran baru. Saya dah menggunakan platform Wordpress pula dan hasilnya memang tidak mengecewakan!
Kenapa kini di tumblr pula?
Apa yang cuba dikejar sebenarnya sebagai blogger ini?
Yang pasti saya memang meminati dunia IT ini daripada hardware, software hinggalah ke aplikasi dunia Adamaya tanpa sempadan ini. Semuanya menuntut kesungguhan dan rasa minat ingin belajar lagi tanpa jemu dan bosan!
Berblog di platform blogger dan wordpress banyak memberi kenangan pahit dan manis dan juga memberi peluang untuk berkenalan dengan rakan blogger yang lain. Ada yang berblog sekadar suka-suka dan ada juga yang berblog kerana minat yang mendalam tentang niche tertentu.
Tak paham apa itu niche? Niche itu genre dan genre itu kategori.
Saya dah berblog dengan platform yang berbeza seperti www.hydir.com (platform Wordpress) iaitu blog yang saya ingin bercerita hal peribadi tapi tak boleh juga dan akhirnya jadi blog rojak! Tapi saya masih suka dengan blog ini kerana melaluinya saya melancarkan kempen Blogger We Care yang bagi saya amat berjaya sehingga sampai ke pengetahuan Nuffnang!
number10.my | Hanya Info Bola yang Terbaik! adalah blog ber”niche” sukan bolasepak (platform Wordpress) yang saya mulakan pada Mac 2010 dan kini mempunyai forum bolasepaknya yang tersendiri dan juga mempunyai pengikut tegarnya yang tersendiri dari Malaysia dan Indonesia!
Kini saya rasakan saya ingin berkongsi impian, harapan, pandangan, kerjaya saya melalui blog dan saya rasakan saya perlukan blog baru untuk bercerita. Banyak yang saya ingin kongsikan kepada dunia dan saya juga ingin anda kongsikan pandangan anda dengan saya. Tanpa komunikasi dua hala, apalah maknanya sebuah blog itu.
Inilah tempatnya saya akan bercerita dan menjadi diari saya dan saya menggunakan platform tumblr untuk berkongsi dengan anda. Kenapa tumblr? Seperti yang saya katakan di awal tadi, saya memang meminati dunia IT dan tanpa mencuba sesuatu yang baru maka saya rasa saya belum mencapai apa yang saya hajati - belajar dan mencuba!
My name is hydir and I am a professional engineer! What I say mostly based on facts and figures and for that I am what I am!
Terima kasih kerana membaca bebelan saya yang pertama ini!
Saya juga akan membebel melalui twitter | Facebook | Youtube .. sila follow ya :)